Pengenalan 
Syarikat Yamya Vermiwork Resources merupakan syarikat 100% milik bumiputra yang menjalankan perusahaan baja organik secara Komersial di atas tanah yang beralamat Lot 2095, Kg. Tanjung Chat, Jln. Sungai Keladi, 15300 Kota Bharu, Kelantan. Yamya Vermiwork Resources adalah sebuah syarikat milikan tunggal yang diusahakan oleh seorang graduan iaitu Encik Aminul Furqan bin Zakaria. Syarikat ini memiliki kepakaran yang tinggi dalam mengeluarkan baja organik berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh cacing kompos spesis African Nightcrawler. Setelah kajian dibuat, cacing spesis ini merupakan cacing kompos yang terbaik untuk menghasilkan Baja Vermikompos berkualiti tinggi(Gred A) disamping penjagaan kualiti pemakanan yang baik. Baja organik ini lebih dikenali sebagai baja Vermikompos.
Selain mengeluarkan baja Vermikompos sebagai pengkhususan utama, Syarikat ini juga menghasilkan Baja cecair yang dikenali sebagai Vermi-tea yang akan membantu mencegah haiwan perosak terhadap tanaman.
Syarikat ini juga membekalkan induk-induk cacing kepada syarikat-syarikat perubatan, kosmetik, dan makanan ternak. Selain itu, kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang penternakan cacing juga boleh mendapatkan bekalan cacing daripada syarikat ini dengan pakej kursus secara percuma.
Selain itu juga, syarikat ini turut membekalkan makanan cacing kompos yang telah siap diproses kepada para penternak. Produk ini dikeluarkan lantaran ramai penternak yang sukar untuk mendapatkan bekalan mentah untuk diproses menjadi makanan cacing.
Yamya Vermiwork Resources merupakan sebuah syarikat milik 100% bumiputera dan sedang dalam proses untuk menjadi sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
Objektif Projek
Objektif utama projek ini adalah untuk menghasilkan baja Vermikompos dan Vermi-tea secara besar-besaran bagi pasaran tempatan dan luar negara dengan kualiti yang terjamin menerusi aspek pengurusan yang tersusun, kemas, cekap, serta terkawal dari sudut pemasaran dan kewangan.
Misi dan Matlamat
Yamya Vermiwork Resources merupakan sebuah syarikat penternakan cacing kompos yang fokus kepada pengeluaran baja Vermikompos dan Vermi-tea. Syarikat ini akan bertanding dalam tender bagi membekalkan Baja Vermikompos(100% organik) dan Vermi-tea kepada tanaman hiasan bangunan-bangunan agensi kerajaan seperti sekolah-sekolah, hospital-hospital, taman-taman sekitar bandar, dan lain-lain.
Matlamat Yamya Vermiwork Resources adalah untuk memasarkan Baja Vermikompos dan Vermi-tea ke seluruh Malaysia. Kami juga berkeyakinan untuk menembusi pasaran antarabangsa kerana kualiti produk syarikat kami telah mendapat kepercayaan ramai. Dengan faktor ini, dan diperkuatkan lagi dengan harga yang mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat, matlamat ini akan dapat dicapai dengan jayanya.
Falsafah Kerja 
Ö Menjana minda kreatif
Ö Peka terhadap sebarang pembaharuan
Ö Sentiasa meningkatkan kecekapan dan kualiti kerja
Ö Memaksimumkan potensi yang ada
Ö Mempunyai inisiatif yang kuat untuk memajukan diri
Ö Memastikan kesinambungan ilmu
Ö Memberi hanya yang terbaik kepada pelanggan
Ö Sentiasa mencari peluang yang menjanjikan pulangan yang lumayan
Ö Yakin bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya
Ö Memberikan sepenuh komitmen terhadap kerja
Ö Bertanggungjawab atas segala keputusan yang diambil
Ö Mengutamakan semangat kerja berkumpulan
Maklumat Syarikat
Nama Perniagaan : Yamya Vermiwork
Resources
No. Pendaftaran : KT0245244-M
Alamat Perniagaan : Lot 2097, Kg. Tanjung Chat,
Jalan Sungai Keladi, 15300,
Kota Bharu, Kelantan
No. Telefon : 013-360 8862
Bentuk perniagaan : Milikan Tunggal
Kegiatan Utama : Penternakan Cacing,
Penghasilan Baja Kompos
Organik, dan Pemprosesan
Makanan Cacing
Tarikh memulakan Perniagaan : 4 Julai 2008
Tarikh Pendaftaran : 27 Julai 2008
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Jenis Akaun : Simpanan
No. Akaun : 08013020267771
Saiz Projek : 16 x 50 kaki
Induk Cacing Dimasukkan : 60 kg (150,000 ekor)
2.3 LATAR BELAKANG PENGUSAHA
Nama Pengusaha : Aminul Furqan bin Zakaria
No. Kad Pengenalan : 851002-12-5081
Tarikh Lahir : 02 Oktober 1985
Umur : 23 Tahun
Jantina : Lelaki
Alamat Tetap : Lot 2097, Kg. Tanjung Chat, Jalan
Sungai Keladi, 15300, Kota Bharu,
Kelantan
Taraf Perkahwinan : Bujang
Warganegara : Malaysia
Agama : Islam
No. Telefon : 013-360 8862
Kelulusan Tertinggi : Diploma-Binaan Bangunan(UiTM)
Kursus yang pernah dihadiri : KURSUS TEKNOLOGI
VERMIKULTUR &
VERMIKOMPOS
anjuran IQA Advance Trading & Consultancy, KURSUS TEKNIK TERNAK CACING KOMPOS SECARA KOMERSIAL anjuran Wan Agro Center
Kemahiran : Amat berkebolehan dalam mengurus
sesebuah organisasi
Pengalaman : Telah memulakan Projek Penternakan
Cacing Kompos sebanyak 12,000 ekor
(4 kg) selama 5 bulan
Pekerjaan Sekarang : Menjalankan Projek Penternakan
Cacing Kompos Sepenuh Masa
Perniagaan Lain yang pernah
Diceburi : Gerai makan(bekerja dengan
majikan), perkakas perhiasan
wanita(Bekerja dengan majikan)
2.3.1 Latar Belakang Ahli / Kakitangan
Nama : Zakaria bin Ismail
Tarikh Lahir : 28 Novenber 1949
No. Kad Pengenalan : 491128-03-5309
Umur : 58 Tahun
Jawatan : Penyelia Operasi
Pengalaman : Memiliki pengetahuan yang mendalam
dalam bidang penternakan cacing dan
berkebolehan dalam mengurus
Kelulusan akademik : SPM
Pengkhususan Kerja : Bertanggungjawab menyediakan keperluan
bahan mentah dan menyelia operasi bagi
memastikan ia berjalan dengan lancar serta
menjaga kualiti
Nama : Khairul Amir bin Zakaria
Tarikh Lahir : 13 Oktober 1978
No. Kad Pengenalan : 781013-03-5507
Umur : 30 Tahun
Jawatan : Pekerja Am
Pengalaman : Memiliki pengetahuan yang mendalam
dalam bidang penternakan cacing dan
komited terhadap kerja
Kelulusan akademik : SPM
Pengkhususan Kerja : Bertanggungjawab keatas perjalanan operasi
projek seperti memberi makan, menjemur
makanan, menjeruk makanan, mengayak,
dan sebagainya serta memastikan kawasan
tapak projek sentiasa dalam keadaan bersih.








0 Comments:
Post a Comment