Photobucket
Photobucket

RINGKASAN EKSEKUTIF

Click to see more picture of yamya



Negara malaysia merupakan sebuah negara yang menitikberatkan sektor pertanian dan penternakan. Penternakan merupakan salah satu sumber pendapatan negara sejak sekian lama. Sumber pendapatan ini telah banyak melahirkan pengusaha/penternak yang berjaya dalam perniagaan penternakan haiwan seperti lembu, kambing, ayam, itik, ikan, dan banyak lagi. Tidak dapat dinafikan, negara Malaysia mempunyai kepakaran yang lebih hebat berbanding negara lain dalam bidang penyelidikan dan pertanian. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika bilangan rakyat yang telah terjun ke bidang penternakan semakin menigkat dari semasa ke semasa. Ia ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Antara bidang penternakan yang baru diceburi di negara kita ialah bidang penternakan cacing kompos.

Kertas kerja dan pelan perniagaan ini akan menerangkan butiran terperinci kaedah perusahaan yang akan dijalankan bagi ternakan cacing kompos sekaligus langkah-langkah perniagaan secara komersial. Menerusi kertas kerja ini dipaparkan aspek-aspek perusahaan peringkat permulaan, implementasi dan nilaian kos ternakan dan perniagaan sehingga sampai tempoh matang hasil ternakan tersebut. Antaranya adalah seperti yang berikut:

Perusahaan yang bakal diusahakan – jenis ternakan dan kaedah perlaksanaan
Spesifikasi perniagaan yang menjelaskan hala tuju hasil ternakan
Pelan pemasaran terperinci merangkumi kaedah promosi bagi tujuan perniagaan secara komersial
Strategi perlaksanaan yang dapat menunjukkan gambaran keseluruhan strategi perancangan perusahaan ini
Senarai aset dan kos yang terlibat untuk permulaan, implikasi kewangan bulanan dan jangkaan janaan pendapatan bulanan serta tahunan
Butiran lain yang berkaitan


Dengan adanya Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan ini, dapatlah dikenalpasti hala tuju dan kaedah yang sesuai agar dapat memberikan ruang penghasilan produk keluaran kepada pelanggan dengan hanya membabitkan nilai kos yang munasabah disamping memberikan pulangan yang lumayan. Profil ini akan lebih menampakkan strategi perniagaan dengan lebih dekat melalui implikasi kewangan dan janaan pendapatan yang disasarkan oleh syarikat ini.


Kenapa perlu beralih kepada pertanian organik?
SM Mohamed Idris Thu Mar 27, 08 4:23:28 pm MYT
Pertanian organik didefinisikan sebagai 'sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik, yang menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Ia menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input luar ladang, dengan mengambil kira keadaan wilayah yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa yang boleh, agronomi, kaedah mekanikal dan biologikal, bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik, untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem." (FAO/WHO Codex Alimentarius Commission).

Melalui kaedah holistik semula jadi, pertanian organik menyatukan kepelbagaian bio liar, kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah, dan membawa pertanian satu langkah ke hadapan dengan menghapuskanbaja kimia, racun makhluk perosak dan organisme ubah suai genetik (GMO), yang bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia, tetapi juga flora dan fauna yang berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik menguatkan struktur tanah, memelihara air dan memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan kepelbagaian bio.
Pencemaran pertanian seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional adalah menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Eutrophication, tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat, dirujuk sebagai 'algae blooms', membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik. Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar (IFOAM).
Racun makhluk perosak telah digunakan dalam pertanian sejak Perang Dunia Kedua, dan sejak dari mula lagi terdapat kebimbangan mengenai pengkomersialan bahan kimia racun makhluk perosak. Buku 'Silent Spring' oleh Rachel Carson yang diterbitkan pada 1964 mendedahkan kesan racun makhluk perosak terhadap alam sekitar. Racun serangga era Perang Dunia Kedua, DDT diharamkan di negara maju dalam tahun 1970-an tetapi terus digunakan di India sehingga tahun 1990-an. Tragedi Bhopal 1984 menjadi pembuka mata kepada sebahagian besar penduduk India dan dunia luar.
Menurut penyelidikan terhadap gangguan kesihatan akibat daripada penggunaan bahan kimia berasaskan petroleum dalam produk pengguna dan persekitaran kerja boleh diperolehi daripada laman sesawang yang berkaitan di bawah. Bahan kimia berasaskan petroleum didapati menyebabkan kesan terhadap sistem imun dan saraf selepas pendedahan dalam jangka panjang.
Penyakit yang dikenal pasti dalam penyelidikan perubatan termasuklah kanser dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa, pelbagai gangguan neurologi, kelemahan sistem imun, gangguan autoimun, asma, alergi, ketidaksuburan, keguguran, dan gangguan tingkah laku kanak-kanak termasuk kesukaran dalam pembelajaran, mental yang terencat, hiperaktiviti dan gangguan kurang perhatian (ADD). Bahan kimia berasaskan petroleum dipercayai menyebabkan masalah ini melalui pelbagai jalan termasuklah mencacatkan DNA (gen) yang sempurna, melemahkan pembaikan DNA, mempercepatakan kehilangan gen, kemerosotan sistem pertahanan penyahtoksikan tubuh (hati dan buah pinggang) serta melemahkan pertahanan utama otak - (the Blood Brain Barrier) (http://www.chem-tok.com/).
Hampir lima dekad, orang ramai dan petani telah diberitahu bahawa racun makhluk perosak penting untuk pertanian moden dan untuk memberi makan kepada penduduk dunia, pada hal perkara ini adalah tidak benar. Racun makhluk perosak melemahkan ekosistem yang telah mengekalkan pertanian manusia sejak beribu tahun lalu, memusnahkan mikrob tanah dan menghapuskan pemangsa dan serangga yang memberikan manfaat. Tambahan, serangga akan terus mutasi untuk menjadi tahan kepada racun makhluk perosak. Di sebalik peningkatan 10 kali ganda dalam penggunaan racun serangga dalam beberapa tahun lalu, kajian menunjukkan pertumbuhan 30% dalam beberapa jenis makhluk perosak. Penghasilan bagi setiap hektar dalam pengeluaran pertanian pada umumnya semakin merosot dalam banyak sistem pertanian akibat kemerosotan kandungan bahan organik dalam tanah. Adalah sesuatu yang terlambat jika kita pada masa ini tidak merancang dasar yang sempurna untuk mengembalikan semula tanah kita dengan bahan organik. Untuk bahan organik apa yang kita perlukan ialah baja yang baik.
Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk kita mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa oragnik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar.
Kerajaan membelanjakan wang yang besar terhadap perbelanjaan perubatan apabila menumpukan kepada makanan yang sihat boleh menjadi jawapannya. 'Mencegah lebih baik dari mengubati' dan dasar kerajaan terhadap pertanian perlu disesuaikan untuk menggalakkan serta melindungi pertanian organik.
Pertanian organik menyumbang kepada keselamatan makanan dan alam sekitar melalui kombinasi beberapa ciri terutamanya:
* Meningkatkan hasil di kawasan input rendah.
* Memelihara kepelbagaian bio & sumber semula jadi di ladang dan kawasan sekitarnya.
* Meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos.
* Mengitar semula sisa organik untuk pengeluaran baja, menyelesaikan pengurusan sisa.
* Usahawan mikro dalam ekonomi luar Bandar.
* Melindungi kesihatan petani dan pengguna.
* Menghasilkan pelbagai makanan dan selamat.
* Kemapanan dalam jangka panjang.
Oleh sebab itu pertanian organik perlu menjadi bahagian penting daripada sebarang dasar pertanian yang bertujuan menjamin keselamatan makanan dan kini adalah masanya bagi kerajaan Malaysia mengambil tindakan ke arah ini.
Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang. - lanh

Pertanian organik didefinisikan sebagai ’sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik, yang menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah. Ia menekankan penggunaan amalan pengurusan dalam mengutamakan penggunaan input luar ladang, dengan mengambil kira keadaan wilayah yang memerlukan penggunaan sistem tempatan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan seberapa yang boleh, agronomi, kaedah mekanikal dan biologikal, bertentangan terhadap penggunaan bahan sintetik, untuk memenuhi sebarang fungsi khusus dalam sistem.” (FAO/WHO Codex Alimentarius Commission).
Melalui kaedah holistik semula jadi, pertanian organik menyatukan kepelbagaian bio liar, kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah, dan membawa pertanian satu langkah ke hadapan dengan menghapuskanbaja kimia, racun makhluk perosak dan organisme ubah suai genetik (GMO), yang bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia, tetapi juga flora dan fauna yang berkait dengan ladang dan alam sekitarnya. Pertanian organik menguatkan struktur tanah, memelihara air dan memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan kepelbagaian bio.
Pencemaran pertanian seperti baja bukan organik, racun rumpai dan racun makhluk perosak daripada pertanian konvesional adalah menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia. Eutrophication, tumbuhan dan binatang akuatik menjadi lemas akibat pertumbuhan algae yang cepat, dirujuk sebagai ‘algae blooms’, membunuh tasik, sungai dan air. Penggunaan berterusan racun rumpai dan racun makhluk perosak boleh melangkaui sasaran rumpai dan serangga apabila diperkenalkan dalam alam sekitar akuatik. Bahan kimia ini berkumpul dalam rantaian makanan di mana pemangsa pada bahagian paling atas sering mengambil dos toksik.
Pertanian organik mengembalikan keseimbangan alam sekitar dan tidak mempunyai kesan yang merosakkan ke atas alam sekitar (IFOAM). Untuk bahan organik apa yang kita perlukan ialah baja yang baik. Persoalan yang sering ditanya ialah di mana untuk kita mendapatkan baja yang banyak ini. Jawapannya terletak dalam kompos. Sebahagian besar sisa organik daripada pertanian serta sisa pasar dengan mudah boleh ditukarkan kepada baja, tanpa kos pelaburan yang besar. Ini menggalakkan industri bagi kompos berasaskan tempatan. Semburan dedaun organik serta semburan penghalau serangga juga boleh disediakan pada peringkat tempatan. Ia juga boleh menghasilkan peluang untuk sebahagian besar belia dan wanita di luar bandar.
Kerajaan membelanjakan wang yang besar terhadap perbelanjaan perubatan apabila menumpukan kepada makanan yang sihat boleh menjadi jawapannya. ‘Mencegah lebih baik dari mengubati’ dan dasar kerajaan terhadap pertanian perlu disesuaikan untuk menggalakkan serta melindungi pertanian organik.

kokokok

Pengenalan
Syarikat Yamya Vermiwork Resources merupakan syarikat 100% milik bumiputra yang menjalankan perusahaan baja organik secara Komersial di atas tanah yang beralamat Lot 2095, Kg. Tanjung Chat, Jln. Sungai Keladi, 15300 Kota Bharu, Kelantan. Yamya Vermiwork Resources adalah sebuah syarikat milikan tunggal yang diusahakan oleh seorang graduan iaitu Encik Aminul Furqan bin Zakaria. Syarikat ini memiliki kepakaran yang tinggi dalam mengeluarkan baja organik berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh cacing kompos spesis African Nightcrawler. Setelah kajian dibuat, cacing spesis ini merupakan cacing kompos yang terbaik untuk menghasilkan Baja Vermikompos berkualiti tinggi(Gred A) disamping penjagaan kualiti pemakanan yang baik. Baja organik ini lebih dikenali sebagai baja Vermikompos.

Selain mengeluarkan baja Vermikompos sebagai pengkhususan utama, Syarikat ini juga menghasilkan Baja cecair yang dikenali sebagai Vermi-tea yang akan membantu mencegah haiwan perosak terhadap tanaman.

Syarikat ini juga membekalkan induk-induk cacing kepada syarikat-syarikat perubatan, kosmetik, dan makanan ternak. Selain itu, kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang penternakan cacing juga boleh mendapatkan bekalan cacing daripada syarikat ini dengan pakej kursus secara percuma.

Selain itu juga, syarikat ini turut membekalkan makanan cacing kompos yang telah siap diproses kepada para penternak. Produk ini dikeluarkan lantaran ramai penternak yang sukar untuk mendapatkan bekalan mentah untuk diproses menjadi makanan cacing.

Yamya Vermiwork Resources merupakan sebuah syarikat milik 100% bumiputera dan sedang dalam proses untuk menjadi sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Objektif Projek
Objektif utama projek ini adalah untuk menghasilkan baja Vermikompos dan Vermi-tea secara besar-besaran bagi pasaran tempatan dan luar negara dengan kualiti yang terjamin menerusi aspek pengurusan yang tersusun, kemas, cekap, serta terkawal dari sudut pemasaran dan kewangan.

Misi dan Matlamat
Yamya Vermiwork Resources merupakan sebuah syarikat penternakan cacing kompos yang fokus kepada pengeluaran baja Vermikompos dan Vermi-tea. Syarikat ini akan bertanding dalam tender bagi membekalkan Baja Vermikompos(100% organik) dan Vermi-tea kepada tanaman hiasan bangunan-bangunan agensi kerajaan seperti sekolah-sekolah, hospital-hospital, taman-taman sekitar bandar, dan lain-lain.

Matlamat Yamya Vermiwork Resources adalah untuk memasarkan Baja Vermikompos dan Vermi-tea ke seluruh Malaysia. Kami juga berkeyakinan untuk menembusi pasaran antarabangsa kerana kualiti produk syarikat kami telah mendapat kepercayaan ramai. Dengan faktor ini, dan diperkuatkan lagi dengan harga yang mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat, matlamat ini akan dapat dicapai dengan jayanya.


Falsafah Kerja


Ö Menjana minda kreatif
Ö Peka terhadap sebarang pembaharuan
Ö Sentiasa meningkatkan kecekapan dan kualiti kerja
Ö Memaksimumkan potensi yang ada
Ö Mempunyai inisiatif yang kuat untuk memajukan diri
Ö Memastikan kesinambungan ilmu
Ö Memberi hanya yang terbaik kepada pelanggan
Ö Sentiasa mencari peluang yang menjanjikan pulangan yang lumayan
Ö Yakin bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya
Ö Memberikan sepenuh komitmen terhadap kerja
Ö Bertanggungjawab atas segala keputusan yang diambil
Ö Mengutamakan semangat kerja berkumpulan


Maklumat Syarikat

Nama Perniagaan : Yamya Vermiwork
Resources
No. Pendaftaran : KT0245244-M
Alamat Perniagaan : Lot 2097, Kg. Tanjung Chat,
Jalan Sungai Keladi, 15300,
Kota Bharu, Kelantan
No. Telefon : 013-360 8862
Bentuk perniagaan : Milikan Tunggal
Kegiatan Utama : Penternakan Cacing,
Penghasilan Baja Kompos
Organik, dan Pemprosesan
Makanan Cacing
Tarikh memulakan Perniagaan : 4 Julai 2008
Tarikh Pendaftaran : 27 Julai 2008
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Jenis Akaun : Simpanan
No. Akaun : 08013020267771
Saiz Projek : 16 x 50 kaki
Induk Cacing Dimasukkan : 60 kg (150,000 ekor)






2.3 LATAR BELAKANG PENGUSAHA

Nama Pengusaha : Aminul Furqan bin Zakaria
No. Kad Pengenalan : 851002-12-5081
Tarikh Lahir : 02 Oktober 1985
Umur : 23 Tahun
Jantina : Lelaki
Alamat Tetap : Lot 2097, Kg. Tanjung Chat, Jalan
Sungai Keladi, 15300, Kota Bharu,
Kelantan
Taraf Perkahwinan : Bujang
Warganegara : Malaysia
Agama : Islam
No. Telefon : 013-360 8862
Kelulusan Tertinggi : Diploma-Binaan Bangunan(UiTM)
Kursus yang pernah dihadiri : KURSUS TEKNOLOGI
VERMIKULTUR &
VERMIKOMPOS
anjuran IQA Advance Trading & Consultancy, KURSUS TEKNIK TERNAK CACING KOMPOS SECARA KOMERSIAL anjuran Wan Agro Center
Kemahiran : Amat berkebolehan dalam mengurus
sesebuah organisasi
Pengalaman : Telah memulakan Projek Penternakan
Cacing Kompos sebanyak 12,000 ekor
(4 kg) selama 5 bulan
Pekerjaan Sekarang : Menjalankan Projek Penternakan
Cacing Kompos Sepenuh Masa
Perniagaan Lain yang pernah
Diceburi : Gerai makan(bekerja dengan
majikan), perkakas perhiasan
wanita(Bekerja dengan majikan)













2.3.1 Latar Belakang Ahli / Kakitangan

Nama : Zakaria bin Ismail
Tarikh Lahir : 28 Novenber 1949
No. Kad Pengenalan : 491128-03-5309
Umur : 58 Tahun
Jawatan : Penyelia Operasi
Pengalaman : Memiliki pengetahuan yang mendalam
dalam bidang penternakan cacing dan
berkebolehan dalam mengurus
Kelulusan akademik : SPM
Pengkhususan Kerja : Bertanggungjawab menyediakan keperluan
bahan mentah dan menyelia operasi bagi
memastikan ia berjalan dengan lancar serta
menjaga kualiti

Nama : Khairul Amir bin Zakaria
Tarikh Lahir : 13 Oktober 1978
No. Kad Pengenalan : 781013-03-5507
Umur : 30 Tahun
Jawatan : Pekerja Am
Pengalaman : Memiliki pengetahuan yang mendalam
dalam bidang penternakan cacing dan
komited terhadap kerja
Kelulusan akademik : SPM
Pengkhususan Kerja : Bertanggungjawab keatas perjalanan operasi
projek seperti memberi makan, menjemur
makanan, menjeruk makanan, mengayak,
dan sebagainya serta memastikan kawasan
tapak projek sentiasa dalam keadaan bersih.

lololololo

sy suka mkn nasi ayam dan itik

KUALA LUMPUR 16 April - Harga baja tempatan meningkat lebih 20 peratus sejak tiga bulan lalu berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia dan bekalan yang berkurangan.
Pengarah Eksekutif Detik Aturan, Md. Arfizal Md Ariffin berkata, harga baja berasaskan petroleum meningkat kepada RM1,800 satu tan metrik berbanding RM1,400 satu tan metrik tiga bulan lalu.

Beliau berkata, permintaan baja dunia pada masa ini sangat tinggi, sedangkan pengeluaran sangat terhad menyebabkan harga bahan itu meningkat.
Sementara itu, jurucakap CCM Fertilizers Sdn. Bhd. berkata, kenaikan kos penghasilan baja, terutama jenis baja yang menggunakan petroleum sebagai bahan asas, tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia.
Selain itu katanya, harga baja terus meningkat kerana ia merupakan bahan yang diimport sepenuhnya.

Beliau berkata, di samping itu harga baja melonjak dengan begitu mendadak kerana permintaan baja kimia yang lebih tinggi berbanding pengeluarannya, seperti yang berlaku di Brazil dan India sekarang.
Menurutnya, Malaysia mengimport baja kira-kira 3.5 juta tan metrik setahun.
Md. Arfizal seterusnya berkata, kerajaan perlu menekankan pengeluaran dan penggunaan baja organik untuk mengurangkan penggantungan 100 peratus kepada baja kimia.
''Bagi mengurangkan beban golongan petani, kerajaan perlu menggalakkan petani menggunakan baja organik, seperti baja kompos yang boleh diproses daripada sisa pertanian termasuk daripada jerami padi, hampas kelapa sawit, batang jagung dan sisa buangan tanaman sayuran yang lebih rendah kosnya," katanya.

Menurut Md. Arfizal, penggunaan baja organik bukan sahaja boleh menjimatkan kos sebanyak 50 peratus malah ia lebih mesra alam.
''Walaupun tanam-tanaman yang menggunakan baja organik tumbuh lebih perlahan berbanding baja kimia, namun daripada segi jangka panjang, ia (baja organik) boleh menyuburkan tanah," katanya.
Beliau berkata, jika pengeluaran baja organik bertambah, sekali gus mengubahkan persepsi petani terhadap penggunaan baja jenis itu.

JOHOR BAHRU 12 Ogos - Peserta Rancangan Tanah Felcra di negeri disarankan supaya menggunakan baja organik berbanding baja kimia yang kini diguna pakai untuk tanaman mereka.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, sudah tiba masanya para peserta beralih kepada baja organik yang lebih murah, mudah dan selamat berbanding baja kimia ekoran daripada kenaikan harga minyak dunia.
Jelasnya, walaupun harga minyak semasa didapati turun sedikit namun harga barangan tidak mengalami perubahan.
"Penggunaan bahan organik yang boleh diperolehi daripada sisa haiwan dan tumbuh-tumbuhan itu merupakan bahan pengganti yang efisen berbanding baja kimia," katanya ketika berucap merasmikan majlis penyerahan dividen Felcra Johor di Hotel New York di sini semalam.
Pada majlis itu, Abdul Ghani menyampaikan sebanyak RM45,479,370.30 kepada 8,636 peserta di negeri ini yang mana jumlah tersebut merupakan kadar yang paling tinggi diterima oleh mereka setakat ini.

Turut hadir Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Nasarudin Hashim. Abdul Ghani berkata, dengan kepakaran serta teknologi terkini yang dimiliki negara maka baja organik yang bermutu boleh dihasilkan untuk kegunaan golongan tersebut.
Nasarudin berkata, masalah utama yang dihadapi oleh peserta-peserta Felcra ialah kenaikan harga baja import sekitar 40 hingga 50 peratus pada tahun ini berikutan harga minyak yang melambung.
"Jika kenaikan harga minyak tidak berlaku, semua peserta boleh menikmati kadar dividen yang lebih tinggi," katanya.
Selain itu, Nasarudin juga menyeru peserta Felcra untuk menyumbangkan idea bagi memajukan tanah rancangan mereka agar setanding dengan pihak swasta.

 
yamya - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger